berita ringkas

Sunday, June 15, 2003


BULAN SUKAN 2003

Jun 15, 2003, Kampung Pandan, Kuala Lumpur - Seramai lebih kurang 25 orang ahli Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia cawangan Kuala Lumpur telah turut serta di dalam sambutan Pelancaran Bulan Sukan 2003 yang berjalan serentak diseluruh negara semalam. Majlis tersebut telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pukul 7.00 pagi itu turut dihadiri oleh hampir 3,000 orang daripada pelbagai pertubuhan/instutusi kerajaan dan bukan kerajaan disekitar Kuala Lumpur. Ahli Silat Sendeng bersama dengan 5 persatuan wajadiri lain iaitu Silat Seni Gayong, Silat Helang Putih, Silambam, Tae Kwon Do dan Tai Chi Huang telah mempersembahkan pergerakan beladiri secara serentak dengan diiringi oleh alunan muzik Rythamic Martial Arts.


Laman Utama