berita ringkas

Monday, October 06, 2003


Takziah

Rabu - 1hb Oktober 2003, Cikgu Wan Abdul Razak bin Wan Mohamed telah kembali ke rahmatullah pada lebih kurang pukul 10.00 malam tadi di Hospital Selayang. Selangor Darul Ehsan. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Seni Silat Sendeng di seluruh negara, khususnya di Negeri Pahang. Semasa hayatnya beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Yang DiPertua PSSSM Pahang dan salah seorang Ahli Majkis Tertinggi PSSSM Kebangsaan. Selain dari aktif mengajar Seni Silat Sendeng beliau juga kerap bertugas sebagai pegawai pertandingan dan juri/pengadil di dalam kejohanan-kejohanan Seni Silat Sendeng anjuran PSSSM. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.


Monday, July 14, 2003



Sunday, June 15, 2003


BULAN SUKAN 2003

Jun 15, 2003, Kampung Pandan, Kuala Lumpur - Seramai lebih kurang 25 orang ahli Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia cawangan Kuala Lumpur telah turut serta di dalam sambutan Pelancaran Bulan Sukan 2003 yang berjalan serentak diseluruh negara semalam. Majlis tersebut telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pukul 7.00 pagi itu turut dihadiri oleh hampir 3,000 orang daripada pelbagai pertubuhan/instutusi kerajaan dan bukan kerajaan disekitar Kuala Lumpur. Ahli Silat Sendeng bersama dengan 5 persatuan wajadiri lain iaitu Silat Seni Gayong, Silat Helang Putih, Silambam, Tae Kwon Do dan Tai Chi Huang telah mempersembahkan pergerakan beladiri secara serentak dengan diiringi oleh alunan muzik Rythamic Martial Arts.


Friday, May 30, 2003


KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 2003

PERTANDINGAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA

Jadual Pertandingan


Selasa 3hb Jun 2003

8.30 am : Doa dan Pembukaan Gelanggang

9.15 am : Kumpulan Tangan Kosong (Lelaki)

10.15 am : Solo tangan kosong (wanita)

11.00 am : Solo tangan kosong (lelaki)

11.45 am : Regu tangan kosong (lelaki)

12.45 tgh : Makan tengahari dan Solat Zohor

2.00 pm : Regu tangan kosong (wanita)

3.00 pm : Solo senjata pendek (lelaki)

3.45 pm : Solo senjata pendek (wanita)

4.30 pm : Kumpulan Bersenjata (lelaki)

5.30 pm : Pertandingan ditangguhkan

Rabu, 4hb Jun 2003

8.30 am : Doa dan Pembukaan Gelanggang

9.00 am : Solo senjata panjang (wanita)

9.45 am : Solo senjata panjang (lelaki)

10.30 am : Regu senjata (wanita)

11.30 am : Regu senjata (lelaki)

12.30 tgh : Penyampaian hadiah

1.30 pm : Makan tengahari dan bersurai

Perhatian : Jadual pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan. Jadual terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa


Monday, May 26, 2003


KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 2003

Lokasi Pertandingan


1) Seni Silat Cekak Malaysia - Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh Melaka

2) Persatuan Silambam Malaysia - Dewan Gimnasium, Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh, Melaka

3) Malaysia Global Taekwando Federation - Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh, Melaka

4) Shito-Ryu Karate-Do Maalysia - Dewan SMK Tinggi Melaka, Jalan Koon Cheng, Bandar Hilir, Melaka

5) Malaysia Taekwando Association, Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya, Melaka

6) Shotokan Karate - Dewan Serbaguna Seri Temenggung, Melaka

7) Seni Silat Kegayungn Helang Putih - Dewan SMK Gajah Berang, Jalan Gajah Berang, Melaka

8) Persatuan Chensi Taijiquan Malaysia - Dewan SMK Norte Dame, 265, Jalan Gajah Berang, Melaka

9) International Taekwando Federation - Dewan Bukit Beruang, Majlis Bandaraya, Melaka

10) Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia - Dewan MSN, Ayer Leleh, Melaka

11) Rhytmic Martial Arts - Dewan Hang Jebat, Ayer Keroh, Melaka

12) Seni Silat Gayung Malaysia - Dewan Hang Tuah Melaka Bandaraya Bersejarah

13) Seni Silat Sendeng Malaysia - Dewan SMK Padang Temu, KM 5 Jalan Padang Temu, Melaka

14) Persatuan Tai Chi Huang Malaysia - Dewan SMK Tun Tijah, Lorong Tun Fatimah, Melaka

15) Seni Silat Gayung Fatani Malaysia - Dewan SJK Kah Seng, Bukit Baru, Melaka

16) Seni Silat Lincah Malaysia - Ruang Legar, Kota Mas, Ayer Keroh, Melaka

17) Persatuan Wushu Malaysia - Dewan SJK (C) Wen Wah, Batu Berendam Melaka


Thursday, May 22, 2003


Silat Seni 2003

Untuk makluman semua peserta, pegawai teknikal pertandingan dan peminat-peminat Seni Silat Sendeng, Pertandingan Seni Silat Sendeng sempena Kejohanan Seni Mempertahankan Diri - Rakan Wajadiri Peringkat Kebangsaan 2003 dijangka akan dijalankan di Sekolah Menengah Padang Temu, Jalan Padang Temu, Melaka. Kontijen Seni Silat Sendeng akan menginap di Hotel Orkid, Jalan Bendahara, Melaka.

Aturcara pertandingan adalah seperti berikut:

2hb Jun 2003
Pagi - Pendaftaran (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh)
Petang - Perasmian (Stadium Mini Bestari, Ayer Keroh)
Malam - Taklimat

3hb Jun 2003
Pagi - Pertandingan (Sek. Men. Padang Temu)
Petang - Pertandingan (Sek. Men. Padang Temu)
Malam - Rehat

4hb Jun 2003
Pagi - Pertandingan (Sek Men Padang Temu)
Petang - Pertandingan (Sek. Men. Padang Temu)
Malam - Majlis Penutup

5hb Jun 2003
Bersurai


Laman Utama